Skip to main content

Featured

"Nak Tahu Strategi Buat Duit Tanpa Produk Sendiri? - Anda Boleh Mulakannya Hari Ini Secara Part-Time, ataupun Full Time!"

Hai. Nama saya Rahman Basri. Saya telah mulakan bisnes di internet sejak 2009 lagi. Apa yang saya dapati sebenarnya, untuk buat duit di internet, anda tak semestinya ada produk sendiri. Tak tahulah dari siapa anda dengar tapi kalau anda masih lagi beranggapan yang anda MESTI ada produk sendiri untuk buat duit pertama anda di internet, buang tanggapan tersebut jauh-jauh… sebelum terlambat. Hakikatnya, sudah ramai usahawan internet meraih pendapatan lumayan mereka dengan cuma mempromosikan produk orang lain dan mengumpul komisyen hasil daripada jualan tersebut sebanyak 50% ke atas! Mereka dikenali sebagai affiliate atau ejen jualan. Tugas seorang affiliate adalah mudah: •          Anda pilih produk untuk dipasarkan •          Anda lakukan promosi untuk produk tersebut •          Anda terima komisyen jualan yang dipromosikan Kadangkala komisyen bagi setiap satu jualan sangat lumayan sehingga...

2 PUNCA MENGAPA SUKAR TUNAIKAN SOLAT TAHAJUD


1. Penyakit Zahir
 
Terdapat 4 perkara yang berkaitan penyakit zahir ini menyukarkan menunaikan solat tahajud
a.    Makan terlalu banyak

Jika kita banyak mengambil makanan kemudian banyak meminum air sekaligus menyebabkan tubuh badan kita cepat letih dan mengantuk.

Kalau mau makan malam perlu ambil dalam kuantiti yang sederhana, jangan ambil berlebihan dan jangan tidur dalam keadaan lapar kerana agama Islam sudah mengingatkan manusia agar tidak berlebihan dan berkurangan dalam pengambilan makanan.

Hal ini di jelaskan dalam Al Quran:

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”. – Surah A’Araf 7: ayat 31

Sekiranya kita berhajat mau menunaikan solat tahajud maka kita perlu didik diri untuk mengawal pengambilan makanan kerana dikhuatiri kita akan tidur dalam keadaan melalaikan.

b.    Terlalu penat disiang hari

Jika kita berniat mau menunaikan solat tahajud maka kita perlu kawal pekerjaan/aktiviti di siang hari agar kita tidak terlalu kepenatan untuk melakukan ibadah pada waktu malam.

Namun sekiranya terlalu sibuk dengan pekerjaan disiang hari hendaklah kita berdoa memohon agar dipermudahkan menjalankan ibadah tahajud.

c.    Meninggalkan Qailulah pada siang hari

Qailulah ialah tidur sebentar disiang hari, sebagai seorang yang sibuk dengan tuntutan kerja hendaklah melakukan Qailulah untuk mendapatkan kesegaran tubuh setelah berpenat lelah sepanjang hari.

Qailulah merupakan Sunnah Nabi Muhammad SAW dan Qailulah juga menjadi faktor mudah bangun pada malam hari untuk tunaikan solat tahajud.

Al Badr al aini mengatakan, “Qailulah ertinya tidur disiang hari (selepas zohor).”
Asy syarbini pula mengatakan, “Qailulah ialah tidur pada siang hari ketika gelincirnya matahari atau tidak berapa lama sebelum tergelincirnya matahari atau sesudahnya.”

Jumhur ulama menyatakan bahawa hukumnya sunat berdasarkan sabda Rasulluah SAW:

“Lakukanlah Qailulah kerana syaitan tidak melakukan Qailulah.”
        (Riwayat Sahih al- jami’)

d.    Melakukan dosa dan maksiat disiang hari

Jika kita ingin bangun untuk menghadap Allah SWT pada malam hari, maka jauhkan diri kita daripada segala bentuk maksiat disiang hari.

Ini kerana hati yang sudah tertutup oleh dosa pada siang hari akan susah mau bangun malam hari untuk ibadah malam.

Dosa dan maksiat adalah salah satu faktor yang mengundang kemurkaan Allah SWT, sebab itu sukar peroleh taufik dan rahmat-NYA.

Sebagai individu muslim hendaklah menjauhi segala bentuk maksiat agar beroleh keredhaan Allah SWT dan beroleh syurga di akhirat kelak.



2. Penyakit batin
 
    Dengki dengan muslim yang lain

Dengki adalah penyakit hati yang perlu kita hindari, sikap dengki ini diharamkan dalam Islam seperti mana yang dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW:

“Janganlah kalian saling membenci, janganlah saling berhasad dengki, janganlah saling membelakangi dan jadilah hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim tidak menyapa saudaranya lebih daripada tiga hari”- Riwayat Muslim

Dengki ini mengotorkan jiwa seorang Muslim, kemampuan seseorang untuk menunaikan solat tahajud ni bergantung 100% pada tahap kebersihan jiwanya.

    Suka melakukan amalan bidaah

Jika kita ingin mudah mengerjakan solat tahajud pada malam hari, haruslah menjauhi amalan-amalan bidaah. Ini juga mempengaruhi kebersihan jiwa sekiranya mengamalkan amalan bidaah maka hati akan semakin menjadi kelam.

Akhirnya sukar mendapat taufik dan hidayah.
Bidaah ni bermaksud amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Banyak hadis Rasulullah SAW yang melarang perbuatan ini. Antaranya ialah:

“Barang siapa yang melakukan sesuatu yang baru dalam urusan kami ini yang bukan sebahagian daripadanya, maka ia tertolak” – Riwayat Muslim

“Sebaik-baik pembicaraan adalah kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, seburuk-buruk urusan adalah yang dibuat-buat dan setiap bidaah adalah sesat.” – Riwayat Muslim

    Cintakan dunia

Mencintai dunia secara berlebihan akan membuatkan kita jatuh dalam kesyirikan sehingga kita menduakan Tuhan yang menciptakan alam ini.

Misalnya, azan sudah berkumandang lalu kita segera menunaikan solat. Namun kita tunaikan solat secara express kerana teringat urusan kerja yang perlu kita lakukan. Kita telah menempatkan dunia di atas Zat yang mengciptakannya.

Ini menzalimi diri sendiri!

Memang fitrah manusia mencintai dunia, akan tetapi cintailah sebagaimana layaknya. Tempatkan kekayaan itu ditangan bukan di dalam hati.

Dalam Al Quran Karim dijelaskan:

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul, daripada emas dan perak, kuda yang bertana lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).”
                (Surah Ali Imran 3: ayat 14)

Rasulullah mengajar kita untuk berdoa pada setiap waktu:

“Ya Allah, jangan jadikan musibah berada dalam agama kami, janganlah jadikan dunia sebagai cita-cita terbesar kami dan puncak ilmu kami.”

Peringatan Allah dalam Al Quran yang bermaksud:

“Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka jangan sesekali kehidupan dunia memperdaya kamu dan sekali-kali jangan syaitan yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah.”
                (Surah Fathir 35: ayat 5)




    Berangan panjang

Kita harus mengelak dari sikap berangan panjang kerana ia membuatkan kita hidup dalam dunia khayalan. Akibatnya, kita akan menjadi malas melakukan pekerjaan, beribadah dan sebagainya. Namun, kalau kita bercita-cita tinggi tidak menjadi masalah sekiranya kita berusaha untuk merealisasikan dalam dunia nyata.

Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan:

“Hal yang paling saya takutkan terhadap kalian adalah mengikuti hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikuti hawa nafsu akan menjauhkan daripada kebenaran dan panjang angan-angan akan melupakan akhirat. Ketahuilah dunia telah pergi dan akhirat telah menghadap, masing-masing ada anak-anaknya. Jadilah anak-anak akhirat dan jangan menjadi anak-anak dunia. Hari ini adalah amalan dan tidak ada hisabnya, esok adalah hisab dan tidak ada amalannya.”

Dalam Al Quran turut menjelaskan perkara ni. Maksudnya:

“Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong), maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatan mereka).”
            (Surah al- Hijr 15: ayat 3)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jikalau anak Adam besar, maka besar bersamanya dua perkara, cinta harta dan panjang angan-angan.”
                (Muttafaq ‘alaihi)

Sebahagian ahli hikmah mengatakan bahawa:

“Berhati-hatilah dengan panjang angan-angan kerana ia akan menyebabkan kehancuran umat.”

Muhammad bin Wasi’ mengatakan:

“Ada empat jenis kesengsaraan iaitu panjang angan-angan, kekasaran hati, kekakuan pandangan mata dan kebakhilan.”

Aun bin Abdullah mengatakan:

“Jikalau kalian memperhatikan ajal dan perjalanannya, maka kalian akan membenci harapan dan tipuannya.”

    Tidak menanamkan cinta kepada Allah SWT dalam diri

Kita hendaklah menanam cinta yang mendalam kepada Allah SWT dalam diri. Hal ini mendorong kita untuk menjalankan semua perintah-NYA. Antaranya menunaikan solat tahajud pada malam hari.
Kita perlu tanam cinta kepada Allah SWT dalam hati sehingga kita mencintai-NYA jauh di atas segala-galanya. Baik isteri, anak, harta, keluarga dan lain-lain.

Dalam Al Quran al- Karim di jelaskan yang bermaksud:

“Dan antara manusia ada orang-orang yang mengambil sekutu selain Allah SWT, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah SWT. Adapun orang-orang yang beriman sangat cintanya kepada Allah SWT. Dan jika orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaaan Allah SWT semuanya, dan bahawa Allah amat berat seksaan-NYA (nescaya mereka menyesal).”

                (Surah al- baqarah 2: ayat 165)



Semoga tulisan ini membantu kalian untuk mengerjakan solat tahajud.


Credit: Fakih Abul Faiq Al Minangkabawi

Comments