ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD:
“(AL-QURAN INI) SEBUAH KITAB YANG KAMI TURUNKAN KEPADAMU (DAN UMATMU WAHAI MUHAMMAD), KITAB YANG BANYAK FAEDAH-FAEDAH DAN MANFAATNYA, UNTUK MEREKA MEMAHAMI DENGAN TELITI KANDUNGAN AYAT-AYATNYA, DAN UNTUK ORANG-ORANG YANG BERAKAL SEMPURNA BERINGAT MENGAMBIL IKTIBAR.”
(SURAH SHAAD: 29)
Apakah penyebab sukar menghafal AL-QURAN?
1. Tiada kemahuan dan minat
Kata Nabi SAW, semua orang akan mendapat apa yang dia impikan. Jadi, sekiranya kita tiada kemahuan atau minat menghafal Al-Quran, maka sukarnya bagi kita untuk menghafal Al-Quran.
2. Fikiran negative dan kurang keyakinan diri
Tanpa keyakinan diri menyebabkan kita sukar mencapai sebarang yang kita impikan. Contohnya pemain bola sepak, meskipun sudah menjalani latihan keras setiap hari namun kurang keyakinan diri dan sentiasa berfikiran negative menyukarkan pemain bola sepak tersebut bersaing dengan pihak lawan.
Oleh itu, terapkan minda positif dan keyakinan diri ketika menghafal Al-Quran walapun menghafal itu perkara yang sukar.
3. Tidak tahu kaedah menghafal yang sesuai
Mahu menjadi pemain bola sepak yang handal, perlu tahu kaedah yang betul. Kalau tidak, sudah pasti impian menjadi pemain bola sepak yang handal terkubur.
Macam tu juga menghafal Al-Quran, kita mesti tahu kaedah dan teknik yang betul supaya kerja menghafal tidak menjadi susah.
Baikah kita sudah selesai mengenal pasti punca sukar menghafal Al-Quran sekaran ini dia 5 cara menghafal Al-Quran antaranya:
# 1- Niatkan dan Kemahuan
• Setiap amalan bermula dengan niat. Kita perlu ada niat dan kemahuan yang kuat untuk menghafal Al-Quran.
• Hafal Al-Quran adalah ibadah terpuji dalam Islam. Maka perlu ‘setting’ niat untuk menghafal Al-Quran itu kerana Allah SWT.
#2- Mulakan Sekarang
• Kalau mau menghafal Al-Quran maka perlu lakukan sekarang juga. Jangan ditunda kerana menangguh atau menundah itu membunuh ‘impian’
• Jangan fikir berapa lama hendak menghafal Al-Quran tetapi fokus apa hasil yang bakal diperoleh setelah berjuang lama menghafal Al-Quran.
• Okey, terdapat cara memulakan menghafal Al-Quran antaranya:
I. Bermula daripada 30 juzuk seterusnya ke 29 juzuk. Ini cara memulakan hafalan bagi kebanyakan penghafal.
Ini cara baik, memulakan daripada surah-surah lazim kemudian baru berpindah surah yang panjang.
II. Bermula dengan juzuk 1 ke juzuk 30 mengikut urutan. Hafalan haruslah sedikit demi sedikit agar tidak berasa lelah dan berputus asa untuk menghafal. Contohnya, hafal 3 baris setiap baris. Apabila sudah biasa menghafal dan semakin selesa maka barulah tambah bilangan baris hafalan.
III. Dalam 30 juzuk tersebut, mulakan menghafal surah-surah panjang seperti Yassin, Al-Mulk, As Sajadah, Al-Waqiah, An Naba, Al Muzammil, Al Jumuah, Al Insan dan beberapa surah yang lain. Kemudian barulah memulakan hafalan pada juzuk 1.
• Kuncinya, dalam usaha menghafal Al-Quran hendaklah memulakan pada langkah kecil dan mudah terlebih dahulu.
#3- Tetapkan Tempoh yang Jelas
• Bilakah kita mau selesai menghafal Al Quran? Ini pertanyaan yang amat penting bagi kita. Ini kerana dengan wujudnya tarikh akhir yang jelas maka kita akan bersungguh-sungguh mencapai matlamat kita dan pada masa yang sama membantu kita mengelak sikap menunda-nunda.
• Misalnya tetapkan masa menghafal Al Quran dalam tempoh 1 tahun, 2 tahun atau 5 tahun semua bergantung dengan diri sendiri. Namun tempoh yang ditetapkan itu hendaklah seiring dengan kemampuan diri agar tidak berlaku sikap menyerah kalah atau berputus asa.
• Lamanya kita menghafal Al Quran itu tidak penting, tapi pentingnya konsisten dalam usaha menghafal Al Quran maka itu lebih penting.
#4- Pecahkan Menjadi Bahagian Kecil
• Selepas kita menetapkan tempoh akhir yang jelas, pecahkan langkah menghafal Al Quran menjadi kecil.
• Contohnya:
I. Habis menghafal dalam masa 15 tahun.
II. Hafal 2 juzuk setiap tahun
III. Bulan Januari-Mei, hafal 1 juzuk. Bulan Jun fokus mengulang semula.
IV. Bulan Julai-November, hafal 1 juzuk. Bulan disember ulangi semula
V. Setiap minggu fokus hafal 1 halaman sahaja.
VI. 1 hari menghafal 3 baris sahaja.
#5- Menghafal Pada Waktu Pagi
• Berdasarkan perkongsian para peng
• Fikiran kita belum sesak dengan pelbagai urusan di waktu pagi. Jadi ayat-ayat Al Quran lebih mudah meresap dalam minda berbanding waktu lain.
• Nabi Muhammad SAW ada doakan kebaikan bagi umatnya yang melaksanakan usaha di awal pagi. Maka waktu pagi adalah waktu yang berkat untuk memulakan urusan pagi.
• Usahakan menghafal sebelum subuh dan selepas subuh lalu alami sendiri pengalaman hafalan dengan mudah. InshaAllah,,
hafal Al Quran, menghafal pada waktu pagi adalah lebih mudah.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat buat kita bersama.. InshaAllah
Sumber: SUHILI NAIN
Comments
Post a Comment