Skip to main content

Featured

"Nak Tahu Strategi Buat Duit Tanpa Produk Sendiri? - Anda Boleh Mulakannya Hari Ini Secara Part-Time, ataupun Full Time!"

Hai. Nama saya Rahman Basri. Saya telah mulakan bisnes di internet sejak 2009 lagi. Apa yang saya dapati sebenarnya, untuk buat duit di internet, anda tak semestinya ada produk sendiri. Tak tahulah dari siapa anda dengar tapi kalau anda masih lagi beranggapan yang anda MESTI ada produk sendiri untuk buat duit pertama anda di internet, buang tanggapan tersebut jauh-jauh… sebelum terlambat. Hakikatnya, sudah ramai usahawan internet meraih pendapatan lumayan mereka dengan cuma mempromosikan produk orang lain dan mengumpul komisyen hasil daripada jualan tersebut sebanyak 50% ke atas! Mereka dikenali sebagai affiliate atau ejen jualan. Tugas seorang affiliate adalah mudah: •          Anda pilih produk untuk dipasarkan •          Anda lakukan promosi untuk produk tersebut •          Anda terima komisyen jualan yang dipromosikan Kadangkala komisyen bagi setiap satu jualan sangat lumayan sehingga...

6 punca mata menjadi merah disebabkan kanta mata

Jom ketahui 6 punca punca mata anda merah ketika anda memakai contact lens:



   1. KANTA TERBALIK

Mata anda berada dalam zon'bahaya'. Cuba anda tengok sama ada kanta mata anda dalam keadaan terbalik atau tidak. Perhatikan kanta anda berbentuk separa bulat dan lebar seperti mangkuk atau melengkung tinggi. Kalau kanta anda berbentuk separa bulat dan lebar maknanya kanta anda dalam keadaaan sempurna, tapi sekiranya kanta anda berbentuk sebaliknya itu bermakna anda memakai kanta dalam posisi yang salah.

   2. TANGAN TIDAK BERSIH

Sebelum anda memakai  kanta pastikan tangan anda berada dalam keadaan bersih dan selamat. Kalau tidak berada dalam keadaaan bersih gerenti mata anda akan terasa pedih sebab kanta anda dijangkiti oleh bakteria yang melekat di jari.

   3. AIR RENDAMAN DI JANGKITI BAKTERIA

Rendam kanta lekap dengan menggunakan air mineral atau paip sebagai solusi khas dan biarkan ia selama semalaman adalah cara yang salah kerana ia berkemungkinan besar boleh memberi infeksi pada mata. Anda kenalah rajin tukar air rendaman dengan menggunakan air solusi sekurang-kurangnya sehari sekali.

   4. KANTA TERLALU KERING

Kanta yang kering boleh menyebabkan mata anda kemerahan sebab kanta menjadi semakin kasar dan keras. Mata anda akan tercalar dan luka sekiranya memakai kanta yang sudah terlalu kasar. Jadi kena ganti kanta yang baharu bagi memastikan mata anda dalam keadaan selamat.
   
   5. SUDAH TAMAT TEMPOH/EXPIRED

Sekiranya anda sudah menggunakan kanta dalam sebulan besar kemungkinan kanta anda sudah tamat tempoh. Jadi anda kena amalkan tukar kanta setiap bulan untuk langkah penjagaan.
   
   6.MATA KERING

Jangan biarkan mata anda kering mata terlalu kering boleh menyebabkan mata menjadi kemerahan. Cuba titiskan moisturizer khas untuk mata sebagai penyelesaian bagi mata kering. Gunakan 3 kali sehari bagi mengekalkan kelembapan mata.


Comments