Skip to main content

Featured

"Nak Tahu Strategi Buat Duit Tanpa Produk Sendiri? - Anda Boleh Mulakannya Hari Ini Secara Part-Time, ataupun Full Time!"

Hai. Nama saya Rahman Basri. Saya telah mulakan bisnes di internet sejak 2009 lagi. Apa yang saya dapati sebenarnya, untuk buat duit di internet, anda tak semestinya ada produk sendiri. Tak tahulah dari siapa anda dengar tapi kalau anda masih lagi beranggapan yang anda MESTI ada produk sendiri untuk buat duit pertama anda di internet, buang tanggapan tersebut jauh-jauh… sebelum terlambat. Hakikatnya, sudah ramai usahawan internet meraih pendapatan lumayan mereka dengan cuma mempromosikan produk orang lain dan mengumpul komisyen hasil daripada jualan tersebut sebanyak 50% ke atas! Mereka dikenali sebagai affiliate atau ejen jualan. Tugas seorang affiliate adalah mudah: •          Anda pilih produk untuk dipasarkan •          Anda lakukan promosi untuk produk tersebut •          Anda terima komisyen jualan yang dipromosikan Kadangkala komisyen bagi setiap satu jualan sangat lumayan sehingga...

BAHAYA STROK HABA YANG PERLU WAJIB ANDA TAHU





Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius dan penyakit ini dianggap satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation).

Ciri utama strok haba ialah ketinggian melampau suhu badan (hipertemia) dan berkaitan rapat dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ dimana kebiasannya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan.

Pada suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Kelembapan persekitaraan yang mencapai 100 peratus menyusahkan penyejatan peluh dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba.

Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk, bengkak tisu otak, tekanan darah rendah, kerosakan organ, dan mungkin kematian.

Simptom strok haba

1. Sakit kepala berdenyut
2. Mual
3. Denyutan nadi pantas
4. Kurang berpeluh dalam cuaca panas
5. Otot lemah
6. Muntah
7. Kulit kering dan kemerahan
8. Sawan
9. Mudah pitam

Langkah pencegahan


  • Elakkan aktiviti fizikal yang lasak ketika cuaca panas dan lembap
  • Pastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi
  • Jauhkan dari minuman keras atau minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman-minuman tersebut boleh menyebabkan kekurangan air.
  • Disarankan untuk memakai topi, pakaian yang longgar, dan berwarna cerah untuk menyejukkan badan


INGAT! Jangan sekali-kali anda tinggalkan anak atau haiwan di dalam kereta yang berkunci di cuaca yang panas.

Sumber: rapi.karangkraf.com & google (gambar)

Comments