Assalamualaikum & hai
Saya mula berjinak-jinak dengan bisnes Affiliate sejak 2009,
bahkan ini adalah model bisnes yang mula-mula saya sertai sebelum menjual
produk digital sendiri di internet.
Tahun 2017, saya lihat bisnes Affiliate kini makin berkembang
apabila semakin ramai usahawan menawarkan program affiliate untuk produk
masing-masing. Apa yang penting ialah bagaimana untuk anda mengambil peluang
ini dan mula menjana pendapatan melalui bisnes affiliate.
Secara asasnya, bisnes affiliate mempunyai fundamental yang
sama seperti bisnes internet yang lain. Iaitu bagaimana untuk anda buat jualan
terhadap produk yang anda promosikan. Bezanya cuma produk yang anda promosikan
ini bukanlah produk anda sendiri, tetapi adalah produk orang lain dan anda
bertindak sebagai ejen (promoter) untuk produk tersebut.
Dan jika anda berjaya menghasilkan jualan, maka anda akan
dibayar komisyen. As simple like that. Takda yang pelik pun dengan bisnes
affiliate ini.
Saya sendiri secara personal sangat suka dengan bisnes
affiliate ini, kerana saya boleh fokus untuk melakukan marketing & sales
sahaja. Manakala urusan penghantaran produk & perkhidmatan pelanggan akan
dikendalikan oleh pemilik produk. Kerana tidak dinafikan, untuk melayan karenah
pembeli ini, tidak semua orang mampu bersabar dan bertahan 😀
Justeru, anda sangat bertuah hari ini kerana saya akan
kongsikan langkah demi langkah bagaimana untuk anda memulakan bisnes affiliate
ini, walaupun ini adalah first time anda mendengar istilah affiliate!
Ini dia 3 Langkah yang anda perlu lakukan sebagai ejen
(affiliate):
1.
Pemilihan produk
Ini perkara asas. Anda perlu bijak dalam memilih produk yang
sesuai untuk anda promosikan. Ada banyak produk yang anda boleh promosikan
sebagai affiliate. Apa yang penting ialah produk tersebut mestilah telah
terbukti mampu dijual dan ada permintaan di dalam pasaran.
Pada peringkat ini, ia dipanggil proses validasi (validation
process). Iaitu anda perlu mengenalpasti apakah produk yang mudah dijual. Namun
biasanya proses ini akan mengambil masa yang agak panjang, namun jangan
bimbang.. Dalam artikel ini saya akan tunjukkan satu produk yang mudah dijual
dan telah terbukti telah memberikan pulangan lumayan kepada ramai student saya
yang mempromosikan produk tersebut.
Anda boleh cuba untuk promosikan produk ini juga.
Lihat salah seorang ejen affiliate yang mempromosikan produk
ini, beliau berjaya hasilkan lebih RM200,000 jualan dalam tempoh 3 bulan:
Untuk promosikan produk ini, ikuti langkah demi langkah
berikut:
Langkah #1:
Daftar sebagai affiliate melalui pautan berikut:
Langkah #2:
Tambah maklumat akaun bank anda untuk pembayaran komisyen
kelak.
Klik menu Payment Gateway >> Add New
Lengkapkan maklumat akaun bank anda, kemudian klik butang
Save.
Langkah #3:
Untuk mendapatkan pautan affiliate anda:
Klik menu Marketplace >> Action seperti dalam gambar di bawah.
Pilih produk "Ebay Intelligence - Ebook Panduan Ebay 2017"
Ada 2 jenis link yang dipaparkan:
Link 1 - Akan redirect ke sales page
Link 2 - Akan redirect ke order page
Anda hanya perlu copy dan paste untuk promosikan pautan ini.
• Ebay
Intelligence Pakej A (RM97) = Komisyen RM40 per jualan
• Ebay
Intelligence Pakej B (RM197) = Komisyen RM80 per jualan
• Ebay
Intelligence Pakej C (RM497) = Komisyen RM120 per jualan
2. Promosi
Link Affiliate
Selepas anda selesai memilih produk untuk anda promosikan
sebagai affiliate, kini sampailah di fasa yang paling penting. Iaitu Marketing.
Sebagai affiliate, part ini anda perlu kreatif, kerana
matlamat anda ialah supaya prospek klik pada Link Affiliate anda kemudian
membeli produk yang anda promosikan tersebut.
Untuk strategi promosi, ada pelbagai kaedah yang anda boleh
gunakan. Namun sebagai permulaan, anda boleh gunakan kaedah berikut:
Facebook Page
Saya suka menggunakan Facebook Page kerana post yang diupdate
di sini boleh diiklankan menggunakan Facebook Ads. Berbeza jika posting yang
diupdate di profile, ia tidak boleh diiklankan menggunakan Facebook Ads. Jadi,
potential reach menjadi agak rendah, lebih-lebih lagi jika jumlah rakan anda di
FB masih lagi sedikit.
Justeru, saya sarankan agar anda mulakan di Facebook Page
untuk long term promotion.
Update posting yang minta orang untuk komen 'PM' atau 'Saya
Berminat' atau seumpamanya yang bertujuan untuk wujudkan 'engagement' pada
posting tersebut. Ia juga secara tidak langsung akan membantu posting anda
menjadi lebih viral.
Semasa menggunakan Facebook Ads untuk iklankan produk yang
saya promosikan, saya guna kaedah berikut:
*Budget: RM10 sehari per iklan
*Placement: Mobile only
*Interest: Set 1 interest per iklan
*Objektif: Page Post Engagement
*Call to action: Minta orang komen
Lihat contoh iklan ini. Simple copywriting, dan Call to
action yang santai "Sape Nak".
Apabila ada prospek yang komen berminat, maka anda hanya
perlu mesej mereka secara personal dan berikan Link Affiliate anda tadi.
Contoh ayat:
Terima kasih kerana berminat dengan
Ebook Panduan Ebay.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan
melayari pautan berikut:
=> LINK AFFILIATE ANDA
Semoga ia bermanfaat buat anda.
3. Scale Up
Selepas iklan anda telah berjalan dengan baik. Dan anda dah
start menerima jualan daripada iklan tersebut, saya sarankan agar anda tambah
kos iklan anda sedikit demi sedikit.
Anda hanya perlu duplicate iklan yang dah berjalan elok, dan
set untuk target interest yang berlainan pula.
Jika iklan sebelum ini anda target interest orang yang dah
like page 'Prof Muhaya', jadi untuk iklan yang anda duplicate tadi, maybe anda
boleh set untuk interest 'Dr Fadhilah Kamsah" dan lain-lain. Ini sebagai
contoh sahaja. Anda bebas untuk ubah suai sehingga iklan anda benar-benar
berjaya menghasilkan jualan yang bagus untuk anda.
Semoga dengan perkongsian di atas sedikit sebanyak membantu
anda untuk memulakan bisnes affiliate anda hari ini!
AffiliateMethod: Strategi Praktikal Buat Duit Dengan Bisnes
Affiliate
Untuk membantu anda memahami bagaimana untuk anda menjana
pendapatan yang konsisten melalui Affiliate, saya telah rekodkan beberapa video
sebagai rujukan anda.
Bagaimana AffiliateMethod boleh membantu anda buat duit melalui
internet?
• Affiliate
Method adalah pakej video tutorial yang menerangkan modul-modul Bengkel
Affiliate yang telah saya anjurkan sebelum ini.
• Ia
mengandungi 4 modul utama yang akan menerangkan secara lanjut untuk anda,
teknik-teknik yang telah terbukti berkesan untuk menghasilkan jualan melalui
produk-produk affiliate yang anda bakal promosikan.
• Dengan
kesemua modul padat ini, saya berani jamin ia akan membantu anda dari segi
persiapan awal sehingga akhir bagaimana untuk terus konsisten menjana pendapatan
melalui bisnes
Affiliate di internet.
AffiliateMethod ini adalah sebagai panduan dan bukti sebenar
tentang bagaimana anda juga boleh menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM1,000
- RM10,000 anda yang pertama dengan menjual produk orang lain dan jana
pendapatan tambahan melaluinya.
Ini antara mereka yang dah berjaya buat duit lumayan selepas
belajar strategi Affiliate Method:
Jika anda berminat untuk mendapatkan "Video Tutorial Affiliate Method" dan mula
jana pendapatan 4-5 angka setiap bulan, anda boleh dapatkannya dengan TEKAN SINI
Comments
Post a Comment