Assalamualaikum & hai
Saya berjumpa ramai orang yang ingin memulakan Bisnes
Affiliate mereka secara online, rata-rata menyatakan bahawa mereka tidak tahu
‘di mana’ sebenarnya untuk bermula.
Ada di antara mereka yang dah mencuba pelbagai teknik &
strategi affiliate, tapi masih keliru mana satu teknik yang benar-benar
berkesan?
Dan sehingga kini masih belum berjaya menghasilkan jualan
produk affiliate walaupun sudah pelbagai cara pemasaran yang dilakukan.
Ini menyebabkan, 90% daripada mereka sudah berputus asa untuk
melakukan affiliate walaupun sudah ratusan atau ribuan ringgit dihabiskan untuk
mempelajari bisnes affiliate ini.
Ini 2 sebab utama kepada situasi di atas:
Info Overloaded
Ini berlaku disebabkan oleh anda terlalu banyak membaca
panduan affiliate itu dan ini, tak kiralah yang percuma atau berbayar, Local
mahupun International..
Sehinggakan otak anda sarat dipenuhi dengan pelbagai cara
untuk jana wang affiliate. Tetapi akhirnya anda sendiri tidak tahu di mana
sebenarnya untuk bermula?
Lack of Knowledge
Ini pula faktor yang sebaliknya. Jika faktor pertama di atas
adalah disebabkan oleh Info yang terlalu banyak, ini pula berbeza. Langsung
takde info!
Situasi inilah yang seringkali dihadapi oleh kebanyakan
orang. Alasannya, malas & nak berjimat! Mereka malas untuk mencari info
tambahan melalui carian di internet berkenaan affiliate, manakala ada yang
menjadikan alasan semata-mata nak berjimat, jadi mereka tak nak membeli
mana-mana panduan tentang affiliate.
Sebenarnya ada banyak lagi faktor lain yang boleh membawa
kepada masalah ini, namun jika dikaji semula ia masih kembali kepada dua faktor
utama di atas, Info Overloaded dan Lack of Knowledge.
Anda pula bagaimana? Adakah anda seorang yang tergolong dalam
kes Info Overloaded atau Lack of Knowledge? Tepuk dada tanya diri anda .
Jika anda
adalah salah satu daripada golongan di atas, maka artikel ini adalah untuk
anda.
Anda sebenarnya tidak perlu risau, kerana ini adalah perkara
biasa yang berlaku, sama seperti ketika saya mula-mula terlibat dengan
affiliate sekitar penghujung 2009, memang agak blur. Lebih-lebih lagi ketika
itu saya masih baru dengan bidang perniagaan internet ini.
Justeru, saya terdetik untuk menghasilkan artikel ini dan
berkongsikan pengalaman saya tentang bagaimana sebenarnya langkah terbaik untuk
bermula dengan affiliate.
Saya tahu, di luar sana ada pelbagai panduan dan tutorial
berkenaan affiliate, namun rata-rata menyediakan terlalu ‘banyak cara’ yang
dikatakan efektif sehinggakan orang baru akan menjadi keliru untuk membuat
pilihan.
Oleh itu, saya mohon keizinan daripada anda untuk saya
kongsikan ‘cara saya’ melakukan pemasaran affiliate sehingga berjaya menjana
4-5 angka komisyen dengan mudah secara konsisten setiap bulan!
Langkah 1:
Hasilkan report percuma berkaitan Topik produk affiliate yang anda ingin
promosikan.
Anda hanya perlu tulis satu report ringkas di dalam Microsoft
Words komputer anda. Report tersebut tidak perlu panjang, cukup sekadar 10 muka
surat pun dah ok.
Jika anda tidak ada IDEA untuk menulis report percuma
tersebut, anda boleh gunakan bantuan Google untuk mencari artikel yang
bersuaian dengan produk affiliate anda & tulis semula info yang anda
peroleh daripada artikel-artikel yang anda baca dalam bentuk gaya bahasa anda
sendiri.
Ia akan jadi lebih fresh dan unik.
Setelah siap menulis, convert fail words ke format .pdf.
Tadaaa, siap! Anda kini dah memiliki report .pdf yang anda boleh berikan secara
percuma untuk tujuan mengumpul targeted prospect kelak.
Langkah 2:
Bina kempen (campaign) khas
Untuk menyebarkan report anda kepada prospek, anda WAJIB
memilik sistem autoresponder. Sistem autoresponder inilah yang akan membantu
banyak kerja promosi anda kelak.
Ia memang terbukti berkesan dan memberi pulangan berlipat
kali ganda daripada apa yang anda bayangkan.
Di dalam sistem autoresponder tersebut, anda perlu membina
satu kempen khas berkenaan dengan report percuma yang anda ingin edarkan.
Contohnya, jika anda ingin mengedarkan report berkenaan ‘Tips
Membaca Al-Quran’ kerana anda ingin mempromosikan produk affiliate yang
berkaitan dengan Al-Quran, maka anda boleh namakan kempen tersebut sebagai
‘free_quran’, atau apa sahaja yang bersesuaian dengan cita rasa anda.
Langkah 3:
Siapkan emel-emel follow up
Setelah anda berjaya membina kempen khas di dalam sistem
autoresponder anda, anda kini sudah boleh menghasilkan beberapa siri emel
follow up untuk anda masukkan di ruangan ‘Follow Up Emails’ di dalam kempen
autoresponder anda.
Emel-emel inilah yang akan membantu anda melakukan follow up
secara automatik tanpa perlu anda duduk 24 jam di depan komputer anda untuk
menghantar emel!
Langkah 4:
Sediakan ‘opt-in form’ untuk capture maklumat prospek anda
Setelah semuanya selesai, anda perlu menyediakan
opt-in form untuk anda gunakan bagi mengumpul maklumat prospek anda. Op-in form
boleh dihasilkan dengan mudah melalui sistem autoresponder. Hanya klik klik
klik, semudah A-B-C.
Langkah 5 : Jana Traffik!
Ini adalah antara part kritikal yang
anda kena kenalpasti untuk lakukan dengan betul.
Jika anda gagal membawa Trafik /
Pelawat ke website anda, maka anda akan gagal untuk mengumpul prospek dan
seterusnya akan gagal untuk hasilkan pendapatan melaluinya.
Trafik adalah NYAWA bagi
perniagaan internet anda.
Bayangkan sahaja, jika anda
mempunyai kedai, namun tiada pelawat (trafik) yang datang, bagaimana produk
anda boleh terjual?
Begitu juga di internet, walau
sehebat mana webjualan / website anda, namun jika tiada pelawat (trafik), maka
sudah tentu tiada sebarang jualan bakal berlaku.
Secara keseluruhannya, jika anda
berjaya menguasai kelima-lima Langkah Untuk Bermula di atas, saya yakin dan
pasti anda akan berjaya menjana pendapatan melalui internet, khususnya dalam
bidang pemasaran affiliate.
AffiliateMethod: Strategi
Praktikal Buat Duit Dengan Bisnes Affiliate
Untuk membantu anda memahami
bagaimana untuk anda menjana pendapatan yang konsisten melalui Affiliate, saya
telah rekodkan beberapa video sebagai rujukan anda.
Bagaimana AffiliateMethod boleh
membantu anda buat duit melalui internet?
• Affiliate
Method adalah pakej video tutorial yang menerangkan modul-modul Bengkel Affiliate
yang telah saya anjurkan sebelum ini.
• Ia
mengandungi 4 modul utama yang akan menerangkan secara lanjut untuk anda,
teknik-teknik yang telah terbukti berkesan untuk menghasilkan jualan melalui
produk-produk affiliate yang anda bakal promosikan.
• Dengan
kesemua modul padat ini, saya berani jamin ia akan membantu anda dari segi
persiapan awal sehingga akhir bagaimana untuk terus konsisten menjana
pendapatan melalui bisnes Affiliate di internet.
AffiliateMethod ini adalah
sebagai panduan dan bukti sebenar tentang bagaimana anda juga boleh menjana
pendapatan sekurang-kurangnya RM1,000 - RM10,000 anda yang pertama dengan
menjual produk orang lain dan jana pendapatan tambahan melaluinya.
Ini antara mereka yang dah
berjaya buat duit lumayan selepas belajar strategi Affiliate Method:
Jika anda berminat untuk
mendapatkan "Video Tutorial Affiliate Method" dan mula jana
pendapatan 4-5 angka setiap bulan, anda boleh dapatkannya dengan TEKAN SINI
Comments
Post a Comment